Friday, November 18, 2011

Periksa!


BACA SENDIRI LAR KEPUTUSAN AQ..
KEPUTUSAN AKHIR SECOND LAST TERUK...

SEKIAN,TERIMA KASIH
NAQEEBSHUKRI           

CUTI SEKOLAH!!!!YEAH!EXAM!!!!NOOOOOO!

Assalamulaikum dan salam sejahtera...saya ucapkan..

Pada tanggal 17 November 2011,bersamaan dengan 22 Zulhijjah 1432 hari Khamis(untuk kedah,kelantan,terengganu ngan Perlis)....Semua sekolah di negeri2 tadi telah  bercuti hujung tahun..

TETAPI....dlm keseronokan cuti,ada benda teruk yg perlu diingatkan...iaitu Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Keputusan periksa aq paling terok sjak aq brada disekolah menengah nih....

Kedudukkan aq sepanjang Ujian/Peperiksaan aq di SMSSMJ:-

Ujian Bulanan Mac--->78
Peperiksaan Pertengahan Tahun--->71
Ujian Bulanan Ogos--->31
Peperiksaan Akhir Tahun--->80... :(

Nanti aq sambung lain ttg periksa aq..

Wednesday, October 26, 2011

attitude

kalo..

A B C D E F G H I J K L M N
O P Q R S T U V W X Y Z

sama dengan..

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24
25 26

jadi....

H+A+R+D+W+O+R+K =
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E =
11+14+15+23+12+5+4+7+5 =
96%

L+O+V+E=12+15+22+5=54%

L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

Ini sume x dpt markah penuh...tapi “attitude”

A+T+T+I+T+U+D+E =
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Attitude plg penting...:)

Saturday, September 17, 2011

Sekolahku Jiwaku...

Assalamualaikum....

Hahahaha..Pelik kan tajuk hri nie...entah knape aq nk tulis pasai skolah ja smenjak-dua menjak nie,..aq nk cite Skit pasai rutin HARIAN KU DI SKOLAH....x dinafikan yg rutin skolah asrama semua sama..

5.30-Bangun
5.45-Mandi
6.00-Turun Surau smbhyg tiga tingkat Asrama
6.30-Mkan kat dewan mkn
6.45-Naik asrama pkai bju skolah..
7.00-pegi kelas.
7.10-turun dataran wawasan(perhimpunan)
7.30-naik kelas blik(belajar)
10.50-rehat.
11.10-Naik kelas blik
2.15-blik skolah
2.20-Smbhyg
2.30-makan tengahhari
3.30-naik siap
3.30-Turun Prep
5.00-Smbhyg asar
5.15-Main(basketball,bola sepak)
6.00-Naik Asrama
6.15-mandi
6.30-makan
6.50-masuk surau
9.00-naik kelas prep
11.00-naik asrama
11.30-lightoff
11.45-tido...

inilah rutin harian di skolah....kalau cuti hujung minggu nanti aq share plak..wokeyh...
Assalam..


Friday, August 12, 2011

At the mad jiwa...

ASsalamualaikum dan salam 1 malysia kpd sume..

HAri aq nk kongsi ckit cite aq kat skolah...Seperti yg diketahui..sekolah aq bernama Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad jiwa...ini gambo lencana nyew...check it out..
Sekolah aq nie dalam senarai skolah berasarama penoh...dulu wak2 bulan 1 aq mai skolah nie,pengetua nyew name Tuan Haji Rushdin bin Usin..dalam sebulan kenal dia...mmg gembira gyler ada pengetua yg baik cam dia...lps tu...dengaq cite dia nk kluaq dri skolah tu...aq agk sedyh...tpy nk wat cam na dh takdir...lps tu bulan dua dia dh kluaq dia g skolah SMK Kenari.(x silap aq lar)....Then,pengganti pengetua lama namenyew...jeng jeng jeng....
.
En Pesol bin Md Saad ...
Tengook muka dia pon dh taw dia nie garang...jarang langsung senyum...hahaha..dia nie dulu ex student md jiwa...pastu guru kat mad jiwa,then guru disiplin,pk hem,last pk 1....pastu dia p tukaq skolah kat sabah...pastu kena tukaq lagi kat terengganu...sbelom dia mai skolah mai jiwa dia menjadi pengetua di SMS Tuaku Syed Putra di Perlis....dengaq cita skolah tu jdi SBT(sekolah berpretasi tinggi) sbb dia lar....lepas tu dia dpt tawaran tukaq lagi...sama ada SMS Tun syed sheh shahabudin,SMS alam Shah,DAn SMSSMJ...pastu dia pilih bekas skolah dia lew...x kan nk pilih yg skolah dia x pernah pegi...harapan dia,dia nk bgi skolah nie dpt skolah berprestasi tinggi....oh my god!!!itu tidak menjadi sesuatu yg imposible...because dia dh pernah wat kat SMSTSP....hahaah...lepas 5 bulan dh dia mai mad jiwa...dia hampir2(sikit je lagi)dia nk bgi mad jiwa jadi skolah berprestasi tinggi........Cukup la bab pengetua..

aq nk cite ttg skolah aq tetiba cita pasai pengetua...hahahaha....wat lwk taik lalat....OK.kita start....
Sekolah aq ada 624 pelajar dan 65 guru...(x silap aq lagi la)...skarang nie sekolah aq ranking ke-3 atau ke-4 ntah dlm kedah....tpy tu aq x kesah sangat...ada sebuah surau,dua blok aspura and dua block aspuri....5 block akedemik...blok A untuk form 1,form2 and bilik guru,blok B form3 dn pejabat,Blockc bio lab,fizik lab,chemi lab,block d untuk form 4 and last block e for form 5 caunselor room,and open hall...
Kejayaan yg skolah aq dh capai..(yg aq tawu saja)
Antaranyew:-

Johan Pertandingan Kriket Piala Tan Sri Hamzah SBP zon utara 2011,
dianugrahkan sekolah cemerlang peringkat kebangsaan 2009,
johan Kriket Pringkat kebangsaan dia SMSSMJ pada tahun 2008 kowt atau 2009..dua tu ja..
johan pertandingan kwat kaki BOMBA daerah KM/Y 2011
Johan Pertandingan kawat kaki Pengakap daerah KM/Y 2011 gk..
johan lagi pertandingan kawat kaki Jabatan pertahanan awam daerah KM/Y 2011
Naib johan laki ngan pompuan KAdet Remaja Sekolah 2011 daerah KM/y...
dan banyak lagi...nie ja yg aq taw...

nie aq nk share gambar kejayaan skolah aq..


 johan Kawat kaki DAerah Kuala Muda Yan..

 
Johan Kwat kaki Pengakap...
Johan Kawat kaki Jabatan Pertahanan awam...

Setakat nie ja la aq nk share ngan korang ttg skolah aq..nanti aq share lagi...tangan aq pon dh lengah menaip...So,phm2 je lar..

Assalamualaikum warkhmatullahhiwabarakatuh...terima kasih kerana membaca..

yg Benar..
NaqeebShukri

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan kembali lagi..

Assalamualaikumwarakhmatullahhiwabarakatuh...dan salam sejahtera kpd para pembaca skalian..


Hari ini aq nk ucapkan .................



Sbenornya banyak kelebihan bulan puasa nih...

aq nk start dh nih.,.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
  

Stakat nih saja la aq nk share ngan korang...apa2 pon harap kita semua dpt menghabiskan bulan ramadhan ini dengan jayanya..

Friday, June 10, 2011

Cuti2 Thailand.

Assalamulaikum...paham x tajuk di atas??Hahahaha..org len cuti2 Malaysia aq cuti2 Thailand...apa2 pon sama ja cuti kat mana pon,..Skarang aq nk start cerita ttg kisah  cuti aq di Thailand...aq pegi sana pon x lama...4 hri 3 Malam ja...

Hari pertama tiba di Thailand kami ke Hat yai..Di Hat Yai kami tido di...

Siam Center Hotel...
Nk kata hotel nie terlalu murah x la...design dia kemas....Tpy x dk swimming pool...tu ja qheja..p hotel cari swimming pool....haahah...lepas tu jalan2 kat kwsan hotel gk...

Hari kedua lar hari yg ditunggu2...Kami bertolak dri Hat Yai ke Krabi...Ambil masa yg agk lama...jarak dia macam dari Penang ke Seremban...Sampai sana terus ke Pantai...Pantai depa bkan mcm pantai kita...bersih kot...

Mcm nie lah keadaan pantai kat sana...lepas makan n lepak kat pantai nie...kami pon pegi ke Hotel...

Ao Nang Orchid Resort...
 Lepas tu jalan2 sekitar hotel tu ja x p jaoh2 nanti sesat hahaha...

Esok paginya plak,lepas breakfast kami ikot pakej pelancongan ke pulau2 tertentu di sana...Antara pulau yg kami pegi menaiki speed boat.

Tub Island...

Snokelling di Chicken Island...

 Mandi manda di Poda Island..

Berehat sekejap di Phranang Cave...

Kemudian kami trus pulang ke Hotel...Sampai ja kat Hotel mai terus terjun ke Swimming pool di situ untuk membersihkan badan dri pasir2 yg melekat di badan...
Pada malam hari,ada yg tinggal di hotel dan ada yg jalan2 di sekitar kawasan tersebut.....
HAri last plak..
pagi2 kami dh bertolak ke Hat Yai..SHopping di Hat Yai...SAmpai malam aq pon pulang ke rumah ku..

Sekian...

Si budak dari Thailand.

Sunday, June 5, 2011

Homework....

Assalamualaikum...Memandangkan skarang cuti skolah...DUA MINGGU plak tu...x kan cikgu sekolah masing2 x bgi homework kowt???Kalau x bgi tu mmg tu malas kowt nk bgi dan nk periksa....KAlau cikgu tu rajen mesti dia bgi kerja sklah bertimbun-timbun...mcm nie



hahaha...tengk nie bru skit...tpy kalau form 5 ngan form 3 mesty depa tension sbb kerja rumah 1 fail...tambah2 MRSM....sbb tu ramai budak MRSM dpt straight A's dlm periksa...kalau kerja skolah bertimbun..



Jangan tengah wat kerja jadi cm nie sudah....hahaha...banyak sangat kerja..mengantok lar....


oK last...aq nk kata...selamat membuat kerja skolah kpd semua pelajar....buat jangan x buat...nanti kena rotan..
..

 untuk rakan membuat kerja sklah...


Asslamualikum,

Si pengongsi cerita...